Blog dah berhabuk. fuhh...fuhh...tiup2 sket. Maaf ye. Ada banyak sangat perkara terjadi sejak kebelakangan ini...
Saya dah terminated my celcom broadband. Bila tak puas hati dgn servisnye maka adalah tidak wajar 'simpan' lama2. 5 bulan guna sudah memadai. Jadi tiada lagi internet access kat rumah. 100% kat office jek. dan internet kat opis adalah laju sikit dari kura2.:p.
Semester baru sudah mula. Spt biasa orang2 macam saya adalah bz di awal semester. Prepared notes, silibus, assigments..quizzes...files subject...teaching portfolio...PA files...meeting itu ini. Taklah kalut sgt, macam biasa je sebab tiap2 sem pun sama jek.hehe...cuma nak update blog tu...macam susah sketlah. Workload saya dah bertambah..:-)
Dina dapat basikal baru. Ayah belikan:-)..suka sgt makcik kecik ini, sampai ajak ibu main basikal pukul 9 malam. ok, kelilinglah dalam pagar rumah je. Takdelah pandai kayuh sangat, tapi oklah. Gerak sikit ke depan, tersengihnye sampai telinga & bersemangat nak kayuh balik. A very good start. :-)
Pergi kursus yang sgt best hari minggu lepas. Pegi dgn geng2 yang sgt best. Tempat kursus yang sgt best. Makanan yang sgt best sampai terlupa nak diet dan paling best jumpa dgn org2 yang best & very inspired. Suka.Tapi balik je dari kursus, saya di kejutkan dengan berita kematian kakak kpd abah saya pada hari Ahad jam 8.55 malam. Arwah selamat dikebumikan pada esoknya (isnin) tengahari. Nama dia Raja Aisyah bt Raja Abdullah. Kami panggil dia Wan Nen. Belah ayah saya kalau makcik dipanggil 'Wan'. Wan Nen baik orgnya. Mesra & kelakar. Saya sgt suka dengar nasihat dari Wan Nen. Nasihatnya tulus ikhlas sampai terasa masuk dalam hati. Saya masih ingat setaip bait kata2nya. Macam tak percaya saja dia sudah tiada. :-(. Wan Nen dekat dihati saya dan akan selamanya kekal begitu...
Semoga arwah tenang disana & ditempatkan di kalangan org2 yang beriman...Al-Fatihah.
p/s: Terima kasih kepada semua yg sudi hadir & mambantu. Kalau arwah ada hutang dgn sesiapa, minta datang tuntut pada kami keluarganya.
Item 926
1 day ago




0 comments:
Post a Comment